Langkah Memupuk Amalan/Budaya Membaca

Budaya dan amalan membaca boleh dipupuk dalam kalangan masyarakat. Peranan pelbagai pihak diperlukan dalam usaha ke arah itu, memandangkan budaya membaca belum dihayati sepenuhnya oleh rakyat Malaysia. Maka dicadangkan perkara-perkara berikut untuk meningkatkan amalan membaca:

Peranan ibu bapa –  membelikan bahan bacaan bermutu di rumah. Ibu bapa perlu wujudkan ruang pembacaan  untuk anak-anak. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak ke kedai buku dan memberi kebebasan kepada anak-anak untuk memilih bahan bacaan. Mereka juga perlu memberi contoh dan teladan, iaitu mereka sendiri perlu mempunyai budaya membaca. Sekurang-kurangnya ada akhbar harian, atau majalah seperti Dewan Siswa atau Dewan Pelajar supaya anak-anak dapat membaca. Sediakan sedikit peruntukan untuk membeli bahan bacaan setiap bulan.

* Peranan  sekolah  –  Sekolah perlu adakan kempen membaca. program NILAM perlu dilaksanakan dengan lebih berkesan dan guru-guru kena pastikan pelajar menjayakannya. Panatia dan guru mata pelajaran perlu galakkan pelajar membaca. Pusat Sumber perlu bergerak lebih ke depan dalam menarik pelajar ke perpustakaan. Di SMKPS, Guru Media dan Perpustakaan, Encik Abdul Rahman Hamid, berusaha gigih ke arah itu. Selain itu, pameran buku boleh diadakan di sekolah. Pembelian bahan bacaan yang bermutu perlu ditingkatkan di sekolah. Program Akhbar Dalam Darjah perlu diperluas. Petikan  rencana yang berinformasi perlu diletakkan di papan kenyataan sekolah supaya pelajar boleh membaca.

* Peranan  kerajaan  – Kerajaan perlu menambah peruntukan ke sekolah untuk membeli bahan bacaan tambahan di pusat sumber sekolah . Kerajaan perlu mengadakan kempen membaca, sama ada di tempat awam atau menggunakan media kerajaan seperti radio dan televisyen. Pelepasan cukai untuk pembelian buku perlu ditambah. Setiap pejabat kerajaan dan agensinya perlu ada sudut bacaan.

* Peranan pihak swasta – Mereka perlu menyokong kempen membaca pihak kerajaan. Pekerja mereka perlu digalakkan membaca. Mereka perlu memberi sumbangan untuk program/kempen membaca anjuran pelbagai  pihak.  Sudut bacaan juga perlu diwujudkan oleh pihak swasta, misalnya di klinik, hospital, restoran dan kompleks membeli-belah. Harga bahan bacaan yang mereka terbitkan perlu diturunkan. Adakan promosi dan kempen membaca.

* Peranan pelajar. Pelajar perlu menghayati matlamat kempen membaca yang diadakan.Mereka perlu ada kesedaran dalaman untuk membaca dan bukan kerana tujuan peperiksaan semata-mata. Jangan lupakan buku apabila peperiksaan berakhir atau apabila meninggalkan bangku sekolah.

* Peranan penulis buku dan majalah- Mereka perlu menghasilkan bahan bacaan yang menarik dan dalam masa yang sama terapkan budaya membaca dalam karya mereka. Mereka  perlu mempelbagaikan isi kandungan karya mereka untuk menarik hati pembaca. Wujudkan jaringan/link dengan pembaca agar pembaca kekal membaca  pada masa depan. Sertai program galakan membaca di sekolah, anjuran kerajaan dan swasta.

Kejayaan usaha memupuk budaya membaca bergantung  kepada kerjasama semua pihak.  Pembabaitan semua pihak itu dapat menjadi pemangkin budaya membaca dalam masyarakat dan negara.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Kempen Membaca KPWKM

Objektif Kempen Membaca KPWKM

• Menanam budaya membaca ke arah melahirkan masyarakat berpengetahuan, pemikir dan kreatif
• Memperkembangkan industri penerbitan buku

MISI

  • Memupuk budaya membaca sepanjang hayat

VISI

  • Ilmu membangun tamadun

 

 

Posted in Uncategorized | Tagged , | Leave a comment

Hello world!

Welcome to WordPress.com. After you read this, you should delete and write your own post, with a new title above. Or hit Add New on the left (of the admin dashboard) to start a fresh post.

Here are some suggestions for your first post.

  1. You can find new ideas for what to blog about by reading the Daily Post.
  2. Add PressThis to your browser. It creates a new blog post for you about any interesting  page you read on the web.
  3. Make some changes to this page, and then hit preview on the right. You can always preview any post or edit it before you share it to the world.
Posted in Uncategorized | 1 Comment